Konsonan lelangit gusi

Konsonan belakang gusi atau postalveolar ialah konsonan yang disebut dengan lidah mendekati atau menyentuh bekakang batas gusi, iaitu lebih di belakang mulut daripada konsonan gusi yang disebut pada batas gusi itu sendiri, tetapi juga di hadapan lelangit (daerah artikulasi bagi konsonan lelangit). Bagi konsonan geseran dan letusan, digolongkannya dalam kelompok kecil konsonan lelangit-gusi atau palato-alveolar yang diberi aksara IPA tersendiri seperti jadual di bawah. Konsonan gusi-lelangit dan gelungan juga disebut pada titik belakang gusi, tetapi diberi lajur berasingan dalam carta IPA, dan diterangkan dalam rencana masing-masing.Konsonan gusi-lelangit dan lelangit-gusi biasanya digolongkan sebagai konsonan lelangit dalam bidang fonologi, kerana jarang dibandingkan dengan konsonan lelangit sebenar.Konsonan sibilan lelangit-gusi dan klik belakang gusi yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) adalah seperti berikut: